Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa yang berusia 48 tahun turut cedera dipukul oleh sekumpulan lima lelaki dipercayai rakan wanita terbabit.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, mereka kemudian merakam gambar bogel mangsa dan memintanya menyerahkan wang RM5,000.
Katanya, sekiranya mangsa enggan berbuat demikian, wanita itu mengugut akan membuat laporan polis mendakwa lelaki tersebut mencabulnya.
Ekoran kejadian itu pihak polis telah menahan seorang wanita berusia 33 tahun yang juga ibu tunggal bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE