Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Lebih 5,000 dipindahkan di Kuching, Bau

Kuching: Pertembungan air pasang besar dan hujan lebat menyebabkan mangsa banjir di negeri ini bertambah kepada 5,017 daripada 1,405 keluarga setakat 5.30 pagi tadi berbanding 3,230 orang, 8 malam tadi.
Mangsa terjejas ditempatkan di 27 pusat pemindahan iaitu 21 di daerah Kuching dan enam di Bau.
Sementara itu, beberapa penempatan yang terletak di sepanjang tebing Sungai Sarawak, termasuk Kampung Seberang Hilir sekali lagi ditelenggami air akibat pertembungan air pasang besar setinggi lima meter dengan paras air sungai yang melebihi paras bahaya.
Air mula naik mendadak kira-kira 4 pagi tadi dan menunjukkan trend peningkatan dengan mencecah dua meter setakat 5.30 pagi.
Malah, ia diburukkan lagi dengan hujan lebat yang melanda bandaraya ini sejak 8 malam, semalam.
Bagaimanapun, penduduk masih belum dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 8:13 AM


Kampung Bintawa Tengah yang dinaiki air. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113794#sthash.hDYQLAkN.dpuf

No comments:

Post a Comment