Search This Blog

Tuesday, February 9, 2016

Lebih 30 cedera bas bawa pengunjung kasino terbalik

 SELASA, 9 FEBRUARI 2016 @ 9:23 AM




NEW YORK: Sekurang-kurangnya 30 orang cedera selepas sebuah bas dari New York yang membawa penumpang ke kasino di Connecticut terbalik di atas lebuh raya dilitupi salji dan memaksa polis menutup laluan utama. Polis berkata, bas sewa khas yang menuju Mohegan Sun Casino - perjalanan kira-kira dua jam dan 15 minit - terbalik di laluan Interstate 95 dekat bandar Madison ketika ribut salji kira-kira jam 12.30 malam waktu tempatan. Bagaimanapun, tiada mangsa yang mengalami kecederaan parah. Sehubungan itu, gambar di tempat kejadian yang dimuatkan dalam laman sosial menunjukkan salji penuh melitupi jalan raya. Pusat Kajicuaca Kebangsaan berkata, salji setebal antara 7.5-18 sentimeter dilaporkan turun di barat daya Connecticut. Daripada 70 penumpang itu, 30 berjaya keluar dari bas manakala anggota penyelamat menyelamatkan mereka yang lain. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/122639

No comments:

Post a Comment