Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Lapan korban kereta api bertembung

Bad Aibling (Jerman): Empat terbunuh dan kira-kira 150 lagi cedera dengan 50 daripadanya parah apabila dua kereta api penumpang bertembung di selatan Jerman hari ini.
Pertembungan itu menyebabkan kepala kedua-dua kereta api berkenaan melekat dengan salah satu separuh gerabaknya tergelincir dari landasan. Namun punca kejadian masih belum dapat dipastikan.
Puluhan pasukan penyelamat sudah berada di tempat kejadian dan ada mangsa diterbangkan dengan helikopter ke hospital.
Kereta api itu dikendalikan Meridian, syarikat pengangkutan kerjasama beberapa syarikat Jerman dengan Perancis.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2016 @ 6:54 PM


Keadaan dua kereta api yang bertembung di Bad Aibling, Jerman, petang tadi menyebabkan lapan terbunuh. - Foto EPA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113631#sthash.dzQe8x3m.dpuf

No comments:

Post a Comment