Search This Blog

Tuesday, February 9, 2016

Lagi kes letupan vape di Britain


08 Februari 2016 1:22 AM


LONDON 7 Feb. – Penghisap rokok elektronik atau vape di Britain, perlu berfikir semula untuk meneruskan penggunaan gajet itu sebagai pengganti rokok tembakau, berikutan peningkatan kes letupan vape di negara ini.
Terbaharu, portal Mirror melaporkan, seorang lelaki dikenali sebagai Ryan Bailey dari Telford. Shopshire, nyaris maut apabila vape jenis Knight Mod miliknya, meletup di mulutnya ketika sedang menghisap gajet itu.
Menurut Bailey, kejadian berlaku pada 20 Januari lalu di rumahnya apabila vape berkenaan meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bibir, gigi dan tangan kirinya.
Jelas Bailey, dia bernasib baik kerana masih hidup selepas doktor memaklumkan jika letupan vape itu mengenai giginya, ia akan menyebabkan kecederaan pada lehernya dan boleh membunuhnya.
“Letupan tersebut seperti letupan dinamit kecil pada mulut dan tangan saya.
“Saya terpaksa menjalani lima pembedahan bagi merawat kecederaan yang saya alami,” katanya.
Kira-kira 2.6 juta penduduk Britain menggunakan vape sebagai alternatif rokok tembakau tetapi Persatuan Kerajaan Tempatan (LGA) menggesa pengeluar gajet itu mengeluarkan amaran tentang keselamatan pada peralatan tersebut.
Menurut wakil LGA, Jeremy Hilton, pihak bomba dihubungi pada setiap minggu untuk menyelesaikan kes berkaitan letupan vape.
“Syarikat pengeluar perlu memberi amaran kepada pengguna tentang bahaya penggunaan bateri dan pengecas yang tidak sesuai.
“Pengguna vape perlu sedar tentang risiko menggunakan peralatan murah dan tidak sesuai, semata-mata mahu menjimatkan wang, sekali gus boleh membahayakan nyawa mereka,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lagi-kes-letupan-vape-di-britain-1.187928#sthash.ZzOENreF.dpuf

No comments:

Post a Comment