Search This Blog

Monday, February 8, 2016

Korea Utara undang kecaman dengan pelancaran roket

Seoul: Korea Utara semalam berkata, ia berjaya menempatkan satelit dalam orbit dengan melancarkan roket yang mendapat kecaman secara meluas di peringkat antarabangsa.
Pelancaran roket itu mencabuli pelbagai ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap masyarakat antarabangsa yang masih bergelut untuk menghukum Pyongyang kerana mengadakan ujian nuklear bulan lalu.
Pelancaran roket semalam juga dianggap sebagai ujian peluru berpandu balistik Korea Utara untuk melancarkan serangan terhadap Amerika Syarikat.
Setakat ini tidak dapat disahkan sama ada peringkat akhir pelancaran roket membawa satelit itu berjaya memasuki orbit. Bagaimanapun, pegawai pertahanan Amerika Syarikat berkata, roket itu ‘dilihat tiba di angkasa.’
Dalam siaran khas televisyen, seorang pengacara wanita Korea Utara berkata, pelancaran itu, yang diarah sendiri oleh pemimpin negara itu, Kim Jong-Un, ‘berjaya meletakkan satelit pengawasan bumi kami ke orbit.’
Sambil menegaskan pelancaran itu menggambarkan hak Korea Utara untuk menggunakan angkasa lepas secara aman dan bebas, pengacara itu juga berkata, ia menandakan pencapaian untuk meningkatkan ‘keupayaan pertahanan’ negara itu.
Bagaimanapun, tindakan itu mendapat kecaman serta-merta dengan Washington menyifatkannya sebagai ‘provokasi dan mengganggu,’ sementara Perdana Menteri Jepun menyelarnya dengan berkata, ia tidak boleh diterima sama sekali.
China, sekutu utama Korea Utara yang menentang usaha Amerika Syarikat untuk mengenakan sekatan lebih tegas ke atas Pyongyang hanya berkata, ia kesal dengan pelancaran roket itu. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 5:57 AM


GAMBAR menunjukkan satelit ‘Kwangmyongsong-4’ Korea Utara dilepaskan di pusat pelancaran roket Dongchang-ri di Cholsan, Pyongan Utara, Korea Utara, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113358#sthash.f4aMqOIw.dpuf

No comments:

Post a Comment