Search This Blog

Tuesday, February 9, 2016

Kontraktor TNB rentung dalam Toyota Camry




KEADAAN kereta Toyota Camry milik Mohd. Azmi yang terbakar selepas merempuh sebatang pokok di Jalan Bypass Johor-Mersing di Kota Tinggi kelmarin.


KOTA TINGGI – Seorang kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditemui mati rentung apabila kereta Toyota Camry yang dipandunya terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar di Jalan Bypass Johor Bahru - Mersing di sini awal pagi kelmarin.
Dalam kemalangan pukul 5.22 pagi itu, Mohd. Azmi Ismail, 34, rentung di tempat kejadian selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok lalu terbakar.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, mangsa dipercayai memandu berseorangan ketika pulang dari Mersing ke Johor Bahru dalam keadaan hujan lebat.
“Mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika tiba di tempat kejadian lalu terbabas sebelum merempuh sebatang pokok pada laluan bertentangan.
“Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta dinaiki mangsa terseret kira-kira satu meter dari pokok ber­kenaan sebelum terbakar,” katanya ketika dihubungi semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3zcrqon7n 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment