Search This Blog

Tuesday, February 2, 2016

Kilang perabot musnah dijilat api

Kuantan: Sebuah kilang perabot di Tanjung Lumpur, musnah dalam kebakaran, awal pagi kelmarin.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian jam 4.30 pagi itu.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.32 pagi.
Beliau berkata, dua jentera dengan kekuatan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Indera Mahkota dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba mengambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran bagi mengelak api merebak ke rumah penduduk serta premis berhampiran,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, tiada pengawal keselamatan bertugas di kilang itu ketika kejadian berlaku.
Menurutnya, kebakaran disedari penduduk kampung berhampiran yang kemudian menghubungi pihak berkuasa.
“Kita masih menjalankan siasatan berhubung punca kebakaran dan jumlah kerugian dialami mangsa,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 5:21 AM


kilang perabot yang mu
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111819#sthash.sgrcFDxK.dpuf

No comments:

Post a Comment