Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Kes Deepa: Mahkamah Sivil Perlu Putuskan Hak Penjagaan Anak


Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 12:20 PM

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Rabu memutuskan bahawa mahkamah sivil mempunyai hak untuk membuat keputusan mengenai hak penjagaan anak yang memeluk Islam.

Ia juga memutuskan bahawa mahkamah sivil merupakan platform yang betul untuk membuat keputusan mengenai pembubaran perkahwinan selepas salah seorang daripada pasangan berkenaan memeluk Islam.

Mahkamah tertinggi itu juga memutuskan bahawa Izwan Abdullah diberikan hak penjagaan anak lelaki berusia lapan tahun manakala S. Deepa diberikan hak penjagaan anak perempuannya yang berusia sepuluh tahun.

Dalam keputusan sebulat suara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Md Raus Sharif berkata isu membabitkan kanak-kanak tersebut iaitu Nur Nabila dan Nabil diselesaikan buat masa ini.

"Hari ini kita telah menemuramah kedua-dua kanak-kanak itu. Yang lelaki menyatakan bahawa dia mahu bersama bapa manakala seorang lagi ingin bersama ibu," katanya.

Hakim Md Raus berkata Nabil kini bersekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, manakala Nur Nabila telah bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa di Johor Baru, Johor.

No comments:

Post a Comment