Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Kereta api bertembung di Jerman, sembilan maut




ANGGOTA polis berdiri berdekatan kereta api yang bertembung di Bad Aibling, Bavaria, tenggara Jerman semalam. - REUTERS


BERLIN – Sembilan orang terbunuh apabila dua buah kereta api bertembung dalam insiden yang berlaku di Bavaria, selatan Jerman semalam, ujar kenyataan polis dengan menambah sekurang-kurangnya 150 orang terce­dera termasuk 50 parah.
Pertembungan itu berlaku di atas satu landasan kereta api.
Menurut laporan polis, punca kemalangan itu masih belum dapat dipastikan. Di samping usaha menyelamat, kerja-kerja siasatan turut dimulakan bagi mencari punca insiden tersebut.
Kemalangan antara dua kereta api awam yang dikendalikan oleh syarikat Meri­dian itu berlaku pada pukul 6.48 pagi waktu tempatan berdekatan Bad Aibling.
Berpuluh-puluh pasukan penyelamat berada di tempat kejadian termasuk helikopter dengan jalan-jalan berdekatan ditutup. Polis dijangka me­ngadakan sidang akhbar dalam masa terdekat.
Syarikat Meridian merupakan sebahagian daripada Kumpulan Transdev. Syarikat Deutsche Bahn pula bertanggungjawab mengendalikan landasan kereta api berkenaan. – REUTERS


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3zihIRelV 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment