Search This Blog

Thursday, February 11, 2016

Keluarga sebak tatap dua mayat sahabat lemas dipukul ombak di Pantai Belawai




ANGGOTA penyelamat mengangkat salah seorang mangsa lemas yang ditemui di Pantai Belawai, Sarikei semalam.


SARIKEI – Penantian dua keluarga untuk menemui anak masing-masing yang hilang ketika mandi di Pantai Belawai dekat sini Isnin lalu berakhir dengan kekecewaan apabila mayat mereka ditemui semalam.
Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, mayat pertama, Mohd. Hanis Ahmad Tajuddin, 16, dijumpai tersangkut pada sebatang tiang di kawasan pantai Tanjung Sebujok iaitu kira-kira 15 kilometer dari tempat kejadian oleh seorang nelayan pada pukul 7 pagi.
Sementara mayat mangsa kedua, Armi Amira Pendita, 27, pula ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Sebayang, Batang Belawai dekat sini pada pukul 12.17 tengah hari, kira-kira dua kilometer dari penemuan jasad yang pertama.
Sementara itu, ahli keluarga Mohd. Hanis yang enggan dikenali berkata, mereka tidak dapat tidur lena memikirkan nasib mangsa.
“Pun begitu, kami reda dengan pemergiannya, terima kasih kepada anggota penyelamat dan orang awam yang bertungkus lumus mencari ahli keluarga kami,” katanya yang begitu sebak melihat jasad kedua-dua mangsa.
Kosmo! sebelum ini melaporkan kegembiraan tiga sekawan yang sedang mandi di Pantai Belawai dekat sini berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, Armi Amira dan Mohd. Hanis, kedua-duanya berasal dari Kampung Jerijih di sini dilaporkan hilang selepas dipukul ombak besar.
Namun, seorang lagi rakan mereka sempat menyelamatkan diri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3zoRWxFvk 
Hakcipta terpelihara 

2 comments: