Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Kelar leher tak dibayar gaji

Petaling Jaya: Lelaki warga Myanmar bertindak mengelar lehernya menggunakan serpihan kaca dipercayai selepas kecewa dengan majikannya yang tidak mahu membayar gaji di Mutiara Damansara, di sini, kira-kira 7.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, lelaki berusia 28 tahun terbabit ditemui oleh orang ramai dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah berdekatan pusat beli-belah di sini.
Katanya, siasatan mendapati mangsa adalah pekerja di restoran makanan laut di daerah berkenaan.
"Mangsa dipercayai cuba bunuh diri selepas tidak dibayar gaji. Namun, dia berjaya diselamatkan dengan bantuan awal daripada doktor wanita yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.
"Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan dan dilaporkan stabil.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 11:11 AM


MANGSA diberikan rawatan awal oleh doktor wanita sebelum dihantar ke hospital. FOTO ihsan Polis
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113837#sthash.HiQK9r1s.dpuf

No comments:

Post a Comment