Search This Blog

Thursday, February 11, 2016

Kelar leher sendiri gara-gara tidak dapat gaji




BEGINILAH keadaan mangsa yang bertindak mengelar lehernya kerana didakwa tidak menerima gaji di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya kelmarin.


PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Myanmar bertindak mengelar leher sendiri selepas gagal menerima gaji daripada majikannya dalam satu kejadian berhampiran sebuah pusat beli-belah di Mutiara Damansara di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa berusia 24 tahun itu dikatakan menggunakan serpihan kaca untuk mengelar lehernya sebelum ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd.Zani Che Din berkata, mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan seorang doktor wanita yang kebetulan berada di lokasi itu.
“Mangsa ditemui berlumuran darah dan diberikan bantuan awal oleh seorang doktor wanita yang berada di lokasi sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
“Hasil siasatan mendapati, mangsa bekerja di sebuah restoran makanan laut dan bertindak sedemikian selepas gagal memperoleh gaji daripada majikannya,” katanya ketika dihubungi semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3zoRQ26ph 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment