Search This Blog

Thursday, February 11, 2016

Kaedah tambahan hapus virus Zika guna katak


11 Februari 2016 12:08 AM





BUENOS AIRES 10 Feb. - Penjualan katak dilaporkan meningkat mendadak di Argentina selepas ia didapati menjadi salah satu kaedah berkesan bagi menghapuskan nyamuk penyebar virus Zika, selepas semburan racun makhluk perosak didakwa gagal menangani masalah berkenaan.
Kerajaan Argentina memberi a­maran virus Zika semakin me­rebak di negara ini, walaupun u­saha penyemburan racun makhluk perosak sedang dilakukan secara meluas di negara ini.
Beberapa laman web dikesan menawarkan katak hidup dewasa pada harga yang tinggi mencecah £5 (RM30) seekor sebagai kaedah sampingan bagi menangai penyebaran virus Zika.
“Beli katak dan kodok bagi meme­rangi denggi dan (virus) Zika,” demikian bunyi tawaran yang diiklankan di laman-laman web popular.
Kerajaan Argentina bersetuju memberi subsidi kepada hampir 40 peratus kos bagi menghapuskan serangga dan racun serangga, tetapi apabila ramai orang mengadu langkah itu tidak berkesan, penjualan katak dan kodok mula meningkat di pasaran.
Portal berita Mail Online me­laporkan, virus tersebut dikaitkan dengan peningkatan kejadian microcephaly iaitu kelahiran bayi de­ngan kepala atau otak mengecil serta gejala saraf atau sindrom Guillain-Barre. Microcephaly merupakan kecacatan kekal pada otak atau kepala yang boleh mempengaruhi kualiti hidup seseorang bayi sehingga mereka dewasa.
Kementerian Kesihatan Argentina, Jorge Lemus mengakui terdapat sejenis nyamuk, Aedes aegypti yang mempunyai daya tahan terhadap semburan racun makhluk perosak yang sedang giat disembur di kawasan sensitif.
“Kami sedang berusaha keras melakukan semburan asap di kawasan yang dikenal pasti bagi membunuh nyamuk berkenaan, namun ia dikesan ampuh kepada bahan kimia.
“Oleh itu, kami berusaha untuk mengubah komposisi racun makhluk perosak yang digunakan,” katanya.
Lemus berkata, semburan asap merupakan satu kaedah pelengkap bagi menghapuskan nyamuk dewasa, tetapi ia tidak mampu untuk membunuh telur nyamuk atau larva nyamuk.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kaedah-tambahan-hapus-virus-zika-guna-katak-1.188818#sthash.vLbWHN2P.dpuf

No comments:

Post a Comment