Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus mencatatkan peningkatan

RABU, 10 FEBRUARI 2016 @ 7:13 AM



Oleh Nurul Hidayah Bahaudin bhnews@bh.com.my


KAWASAN rumah di Kampung Bintawa yang dinaiki air akibat air pasang besar. - Foto Nurul Hidayah Bahaudin


PETRA JAYA: Beberapa penempatan yang terletak berhampiran tebing Sungai Sarawak, termasuk Kampung Seberang Hilir, di sini sekali lagi ditenggelami air awal pagi tadi.

Paras air sungai mula meningkat kira-kira jam 4 pagi tadi berikutan pertembungan dengan fenomena air pasang besar.

Malah, ia diburukkan lagi dengan hujan lebat yang melanda bandar raya ini sejak jam 8 malam tadi. Sehingga jam 5.30 pagi ini, air sudah mencecah dua meter dan menunjukkan semakin meningkat di beberapa kawasan Kampung Seberang Hilir.

 Sementara itu, seramai 5,017 mangsa banjir daripada 1,405 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga jam 7 pagi ini.

Jumlah itu meningkat berbanding 3,230 mangsa banjir daripada 829 keluarga sehingga jam 8 malam tadi.

Terdapat dua pusat pemindahan banjir baharu yang dibuka hari ini iaitu Surau Darul Fadzillah Kampung Gita Laut dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Merah, Serian. Keseluruhannya, 21 pusat pemindahan dibuka di Kuching, manakala lima di Bau dan satu di Serian.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/122904

No comments:

Post a Comment