Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Jeritan jiran selamatkan nyawa




Ranganathan menunjukkan bahagian atas rumahnya yang musnah dalam satu kebakaran di Pasir Putih, Ipoh semalam.


IPOH – Jeritan jiran berjaya menyelamatkan nyawa empat sekeluarga daripada rentung apabila rumah teres dua tingkat yang didiami mereka terbakar dalam satu kejadian di Jalan Lebuh Lahat, Pasir Puteh di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.55 malam itu, K. Ranganathan, 56, bersama isteri, S. Mages, 45, dan dua anak perempuan mereka, R. Vinosha, 27, serta R. Sugarnisha, 21, sedang menonton televisyen di tingkat bawah sebelum terdengar jeritan jiran-jiran daripada luar rumah.
“Jeritan jiran-jiran mengejutkan kami yang ketika itu sedang leka menonton televisyen. Saya bergegas menyuruh isteri dan anak-anak keluar sebelum cuba untuk naik ke tingkat atas, tetapi tidak berjaya kerana api sudah marak.
“Saya hanya sempat membawa keluar dua buah beg berisi pakaian dan dokumen peribadi sendiri sementara barang-barang lain yang berada di tingkat atas gagal diselamatkan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3zihtXWvW 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment