Search This Blog

Thursday, February 11, 2016

Imigresen akan usir pengemis asing


AQILAH MIOR 
KAMARULBAID  |  11 Februari 2016 1:25 AM




KUALA LUMPUR 10 Feb. - Jabatan Imigresen akan menghantar pulang pengemis warga asing yang ditahan oleh pihak berkuasa sekiranya didapati melakukan kegiatan itu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Sa­kib Kusmi berkata, pihaknya akan merujuk kepada kedutaan setiap negara untuk mendapatkan kepastian sama ada pengemis warga asing yang ditahan itu datang secara sah atau haram.
“Jika menggunakan pas lawatan sosial pun, kita akan usir kerana terlibat dengan kesalahan mengemis.
“Bagi mengusir pengemis asing juga perlu melalui beberapa prosedur termasuk meminta kebenaran daripada pihak kedutaan negara yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia berhubung kegi­atan mengemis oleh warga asing yang semakin serius.
Mereka juga dilihat menggunakan pelbagai kaedah terma­suklah kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan mengemis kononnya bagi mencari wang menampung kos perubatan.
Sakib walau bagaimanapun berkata, usaha untuk membanteras kegiatan mengemis oleh warga asing itu melibatkan agensi lain terutama melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) .
Katanya, pihak Imigresen hanya akan mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya diserahkan oleh PBT yang menjalankan operasi.
Tambah Sakib, pengemis asing yang ditahan akan diletakkan di Depot Tahanan Imigresen sementara menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal masing-masing.
“Tempoh tahanan itu bergantung kepada negara asal mereka,” ujarnya.
Beliau menambah, kos penghantaran pulang ditanggung oleh pendatang asing sendiri, keluarga, pihak kedutaan negara atau kerajaan mereka.
Dalam perkembangan sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia membantu dalam operasi yang dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membanteras kebanjiran pengemis di negara ini.
“Hanya JKM ada kuasa untuk menahan mereka, kami hanya membantu dari segi logistik dan kekuatan anggota,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/imigresen-akan-usir-pengemis-asing-1.189047#sthash.Ud7BWY3q.dpuf

No comments:

Post a Comment