Search This Blog

Wednesday, February 3, 2016

Honduras isytihar darurat virus Zika




SEORANG pekerja kementerian kesihatan membuat semburan asap bagi menghapuskan nyamuk Aedes di Tegucigalpa, Honduras kelmarin. - AFP


TEGUCIGALPA – Honduras mengisytiharkan darurat kelmarin selepas pihak berkuasa mengumumkan bilangan jangkitan virus Zika meningkat pada kadar membimbangkan di negara Amerika Tengah itu.
Menteri Kesihatan, Yolani Batres berkata, seramai 3,649 orang dijangkiti virus Zika sejak 16 Disember lepas apabila kes pertama kuman bawaan nyamuk itu dikesan.
Menurut perangkaan kerajaan, bilangan kes jangkitan Zika meningkat tiga kali ganda sejak tiga hari lepas.
Batres bagaimanapun tidak menyebut tentang kes mikrosefali atau bayi baru lahir yang mempunyai kepala dan otak kecil seperti dilaporkan di Brazil.
Virus Zika sebelum ini dikaitkan dengan sindrom mikrosefali.
“Bilangan penduduk terjejas virus Zika me–ningkat setiap hari,” kata Batres pada satu sidang akhbar.
Terdahulu, beberapa pegawai berkata, sebahagian pesakit dijangkiti Zika turut menghidap sindrom Guillain-Barre, penyakit saraf yang boleh menyebabkan lumpuh.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Juan Orlando Hernandez meluluskan peruntukan AS$10 juta (RM42 juta) bagi memerangi penularan virus Zika.
Virus itu disebarkan oleh nyamuk Aedes yang dikaitkan dengan demam denggi dan chikungunya.
Pada 2015, lebih 40,000 orang di Honduras menghidap demam denggi dengan lima kematian, manakala tiga orang mati akibat chikungunya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3z3VrTGGL 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment