Search This Blog

Tuesday, February 9, 2016

Harimau masuk sekolah, serang pengawal

Harimau masuk sekolah, serang pengawal

8 FEBRUARI 2016

BANGALORE - INDIA . Seekor harimau dirakam mencerobohi sebuah sekolah dan menyerang seorang pengawal keselamatan sekolah tersebut, semalam.

Menurut laporan Straits Times, haiwan tersebut mencerobohi Vibgyor International School di Marathahalli kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan.

Melalui rakaman CCTV, harimau bintang itu dilihat berlindung di sebuah sudut di koridor sekolah sebelum berjalan masuk ke dapur sekolah.

Menurut polis, peluru pengsan (tranquilizer) telah digunakan namun kesannya mengambil masa yang lama untuk harimau terebut pengsan.

Seramai enam orang awam cedera selepas diserang haiwan tersebut di kawasan kolam renang sekolah tersebut.

Antara yang cedera adalah saintis perlindungan haiwan, Sanjay Gubbi dan anggota perhilitan, Benny Maurius
.

No comments:

Post a Comment