Search This Blog

Tuesday, February 9, 2016

Guru sekolah agama parah ditikam anak

 JENAYAH SELASA, 9 FEBRUARI 2016 @ 12:34 PM




Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my


PEGAWAI dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju sedang menjalankan gerakan memburu suspek di sekitar kawasan perumahan di Desa Rejang, Kuala Lumpur, sebentar tadi.


 KUALA LUMPUR: Seorang guru sekolah agama cedera parah selepas ditikam oleh anak lelakinya yang dipercayai mengalami masalah mental di kediaman mereka di Desa Rejang di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, 49, yang juga guru wanita Sekolah Rendah Agama Al Amin, ditemui terbaring di lantai rumah di Jalan Rejang, Sri Rampai, dalam keadaan berlumuran darah oleh dua lagi anak lelakinya yang baru pulang dari taman permainan berhampiran. Bagaimanapun, suspek yang dipercayai berusia 21 tahun itu menghilangkan diri selepas kejadian. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu pihaknya kini sedang mengesan suspek. "Setakat ini polis masih menjalankan gerakan memburu suspek terbabit di sekitar kawasan Setapak Jaya, Desa Rejang dan Seksyen 10, Wangsa Maju serta kawasan berhampiran," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/122677

No comments:

Post a Comment