Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Gempa Taiwan: Tiga Termasuk Budak Lapan Tahun Ditemui Hidup Selepas 60 Jam


Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 11:13 AM

TAINAN: Seorang kanak-kanak perempuan dan masing-masing seorang wanita serta lelaki bernasib baik apabila ditemui masih hidup selepas lebih 60 jam terperangkap dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi yang melanda Taiwan pada Sabtu lalu.
Kanak-kanak berusia lapan tahun itu ditemui petang Selasa dalam kejadian runtuhan pangsapuri Wei di sini, manakala jeritan Tsao Wei-Ling, 45 berjaya menarik perhatian pasukan penyelamat.
Bagaimanapun, adalah menyedihkan apabila dia ditemui hidup kerana kerana dilindungi mayat suami serta anaknya yang berusia dua tahun.
Wei-Ling kini stabil sementara menunggu berita berkaitan lima lagi anggota keluarganya yang masih terperangkap.
Seorang lagi mangsa lelaki, Lee Tsong-Tian, 40 berjaya diselamatkan selepas 20 jam menggunakan kren kerana kakinya tersangkut dalam runtuhan itu.
Operasi mencari dan menyelamat kini memasuki hari keempat dengan lebih 100 mangsa dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan bangunan itu.
Walaupun berjaya dikeluarkan, kaki Tsong-Tian mungkin terpaksa dipotong kerana kecederaan parah yang dialami dalam insiden berkenaan.
Pasukan penyelamat kini bersiap sedia untuk menggunakan jentera berat bagi mengalihkan lapisan konkrit besar sebaik sahaja mereka sudah pasti bahawa semua mangsa di bahagian atas runtuhan bangunan pangsapuri itu telah diselamatkan.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 itu menyebabkan lebih 37 orang terbunuh setakat ini, kebanyakan daripadanya mangsa runtuhan bangunan tersebut. 

No comments:

Post a Comment