Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Gempa Taiwan: Pemaju Bangunan Runtuh Ditahan


Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2016 7:52 PM

TAINAN (Taiwan): Pihak berkuasa di Tainan, Taiwan menahan pemaju bangunan yang runtuh akibat gempa bumi di selatan negara itu pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang, kata pegawai pada Selasa.
Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat di bangunan 17 tingkat itu.
Dilaporkan lebih 100 orang hilang dipercayai masih terperangkap di sebalik runtuhan.
Tiada mangsa yang terselamat dibawa keluar sejak Isnin malam.
Insiden runtuhan membangkikan persoalan mengenai kualiti pembinaan bangunan terutama bahan-bahan yang digunakan.
Pengarah jabatan hal ehwal undang-undang kerajaan bandar Tainan, Hsiao Po-jen, memberitahu Reuters bahawa Lin Ming-hui, pemaju Wei-guan Golden Dragon Building, telah ditahan kerana disyaki melakukan kecuaian yang menyebabkan kematian. - Reuters

No comments:

Post a Comment