Search This Blog

Thursday, February 11, 2016

Gempa Taiwan: Pemaju apartmen Tainan ditahan

11 FEBRUARI 2016
TAINAN - TAIWAN. Pemaju apartmen yang runtuh akibat gempa bumi kuat pada Sabtu lalu, berjaya ditahan oleh pihak berkuasa Taiwan, kelmarin.
Pendakwa raya Tainan telah membuka kertas siasatan setelah mendapati ruang kosong pada konkrit apartmen berkenaan hanya diisi dengan tin selepas meneliti gambar yang diambil daripada lokasi kejadian.
Gempa Taiwan: Pemaju apartmen Tainan ditahan
Puluhan mangsa lagi masih belum dijumpai dalam bencana gempa bumi pada Sabtu lalu. - Foto: Agensi
Pemaju yang dikenali sebagai Lin Ming-hui dan dua orang pekerjanya kini, ditahan oleh mahkamah daerah selepas disoal siasat oleh pihak pendakwa raya pada hari yang sama.
“Mahkamah menahan kesemua suspek untuk didakwa atas kesalahan kecuaian melakukan urus niaga sehingga menyebabkan kematian,” kata jurucakap Mahkamah Tainan, Kuo Jen-shiow.
Dalam insiden gempa itu, kira-kira 40 orang disahkan maut, manakala puluhan lagi dilaporkan masih hilang dalam runtuhan apartmen 16 tingkat berkenaan. - AF
P

No comments:

Post a Comment