Search This Blog

Tuesday, February 9, 2016

Gempa Taiwan: Angka Kematian Meningkat Kepada 38 Orang


Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2016 4:43 PM

TAINAN: Pasukan penyelamat mengeluarkan dua mangsa terselamat di sebalik runtuhan blok pangsapuri di Tainan pada Isnin selepas 48 jam gempa bumi menggegarkan selatan Taiwan.
Datuk bandar Tainan menjangkakan angka kematian mungkin melebihi 100 orang.
Jumlah kematian yang disahkan meningkat kepada 38 orang, dengan lebih 100 mangsa masih terperangkap.
Pasukan penyelamat berusaha untuk menjalankan operasi di lokasi kejadian di bangunan 17 tingkat itu, dengan 117 orang dilaporkan hilang dipercayai terperangkap di dalam runtuhan. - Reuters

No comments:

Post a Comment