Search This Blog

Saturday, February 6, 2016

Gempa Taiwan: 100 orang terperangkap dalam bangunan runtuh

SABTU, 6 FEBRUARI 2016 @ 7:26 AM



ANGGOTA keselamatan berada di bangunan yang terjejas akibat gempa bumi di Tainan, selatan Taiwan. - Foto Reuters



 TAIPEI: Lebih 100 orang terperangkap dalam bangunan runtuh di bandar Tainan, selatan Taiwan susulan gempa 6.4 magnitud yang menggegar pulau itu pada awal pagi ini.


Sedutan video dramatik menerusi televisyen tempatan dan media soal menunjukkan sebuah bangunan runtuh dan rebah manakala sebuah lagi senget susulan gempa berkenaan.

 Televisyen Formosa melaporkan seramai 150 orang terperangkap dalam bangunan setinggi 17 tingkat itu dengan kedengaran suara orang meminta tolong. Pegawai berkata, 69 orang berjaya diselamatkan tetapi tidak dapat mengesahkan bagaimana mereka boleh terperangkap di dalam. Sekurang-kurangnya 30 orang pula diselamatkan dari sebuah blok kediaman tujuh tingkat yang turut runtuh tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini. "Empat bangunan runtuh di kawasan bandar Tainan.

Misi mencari dan menyelamat sedang diusahakan dan tiada kematian dilaporkan setakat ini," kata jurucakap Agensi Bomba Kebangsaan, Lin Kuan-cheng.



ANGGOTA penyelamat membantu mangsa selepas gempa melanda Tainan, di selatan Taiwan. - Foto Reuters


 Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata, gempa bumi itu melanda pada kedalaman 10 kilometer kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan, 39 kilometer timur laut Kaohsiung, bandar kedua terbesar di pulau itu dan juga pelabuhan penting.

Gempa itu pada mulanya dilaporkan 6.7 magnitud tetapi diturunkan kepada kepada 6.4. Sehubungan itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, kejadian tsunami tidak dijangka berlaku di sekitar kawasan Pasifik.

Taiwan terletak di persimpangan dua plat tektonik dan biasa dilanda gempa bumi. Sementara itu, gempa bumi kuat 6.3 magnitud pernah melanda tengah Taiwan pada Jun 2013 yang menyebabkan empat orang terkorban dan mengakibatkan tanah runtuh.

Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud pula yang melanda pulau itu pada September 1999 dan mengakibatkan kira-kira 2,400 orang terkorban. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/121669

No comments:

Post a Comment