Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Chile

RABU, 10 FEBRUARI 2016 @ 9:11 AM




 CHILE: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud menggegar pesisiran tengah Chile sebentar tadi, menurut Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi itu berpusat pada 98 kilometer barat daya Coquimbo, kawasan yang biasa dilanda gempa, dan 33 kilometer di bawah dasar laut. Ia berlaku jam 9.33 malam waktu tempatan.

Gempa dengan kekuatan dan kedalaman ini bagaimanapun tidak cukup kuat untuk mengeluarkan amaran tsunami, kata pihak berkuasa.

Chile yang terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik, adalah lokasi yang pernah mencatat gempa terbesar iaitu 9.5 magnitud pada 1960 yang menyebabkan tsunami di Jepun. - Reuters


epa05152026 A handout shakemap released by the US Geological Survey (USGS) shows the location of a 6.3 magnitude earthquake striking near Coquimbo, some 40km west of Ovalle, Chile, 09 February 2016. There are no immediate reports on casualties or damage. EPA/USGS HANDOUT EDITORIAL USE ONLY  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/122938

No comments:

Post a Comment