Mangsa berusia 15 tahun yang menghadapi masalah pembelajaran dikatakan berkenalan dan bertukar-tukar nombor telefon dengan suspek berumur 24 tahun pada hari kejadian.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor, berkata, gadis tersebut kemudian keluar dari rumahnya di sebuah tanah rancangan di sini tanpa penge­tahuan keluarga untuk bersiar-siar dengan suspek di pekan Bahau.
“Suspek kemudian membawa mangsa ke rumah rakannya kira-kira pukul 1.45 pagi dan ketika itu terdapat tiga lelaki lain di dalam rumah berkenaan.
“Mangsa berbaring di sofa di ruang tamu rumah dan mendakwa suspek mencabulnya dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya. Suspek turut meraba bahagian payudara mangsa namun mereka tidak melakukan hubungan seks,” katanya di sini.
Noorzainy berkata, suspek menghantar mangsa pulang ke rumah­nya pada pukul 10 pagi.