Search This Blog

Thursday, February 11, 2016

Empat maut pesawat tentera terhempas

Naypyidaw: Empat anggota tentera Myanmar terbunuh dan seorang parah selepas pesawat kecil yang mereka naiki terhempas sejurus berlepas di lapangan terbang di sini, semalam.
Pesawat penumpang Beechcraft itu yang membawa lima anak kapal dan dipercayai membuat rondaan rutin, terhempas di sebuah padang berhampiran lapangan terbang.
Ratusan orang berhimpun di kawasan itu sementara pihak berkuasa bergegas memadamkan kebakaran dan mencari mangsa yang mungkin terselamat, kata wartawan AFP di tempat kejadian.
Pesawat itu terbakar sejurus berlepas dari landasan, kata pegawai lapangan terbang yang enggan dikenali.
Tiada kenyataan dikeluarkan tentera Myanmar.
Sektor penerbangan negara itu agak sibuk disebabkan keadaan infrastruktur jalan dan kereta api yang kurang baik.
Kejadian pesawat tentera terhempas jarang berlaku, namun nahas membabitkan kapal terbang penumpang ada dilaporkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 8:19 AM

PEGAWAI tentera memeriksa rangka pesawat yang terhempas, semalam.

No comments:

Post a Comment