Search This Blog

Monday, February 8, 2016

Ekstasi, syabu dalam coli

Medan: Pihak berkuasa Lapangan Terbang Kualanamu, Sumatera Utara semalam menahan seorang wanita berusia 54 tahun selepas menemui sejumlah besar pil ekstasi dan syabu di dalam coli yang dipakainya.
“Kami menahan wanita itu, Isdiani, ketika dia hendak menaiki pesawat menuju ke Balikpapan, Kalimantan. Sebanyak 1,500 pil ekstasi dan kira-kira satu gram syabu dijumpai di dalam colinya selepas pegawai memeriksanya,” kata pengurus Lapangan Terbang Kualanamu, Wisnu Budi Setianto kepada wartawan.
Menurutnya, Isdiani berkelakuan mencurigakan ketika berada di pintu keselamatan.
“Dia di arah menjalani pemeriksaan lanjut. Hasilnya, dadah itu ditemui di dalam coli yang dipakainya. Dia ditahan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata Wisnu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 5:59 AM


GAMBAR hiasan, pil ekstasi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113362#sthash.Ra7yCft6.dpuf

No comments:

Post a Comment