Search This Blog

Tuesday, February 2, 2016

Dua Premis Musnah Dalam Kebakaran Di Dungun


Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2016 2:29 PM
Gambar hiasan.

DUNGUN: Dua premis membabitkan bengkel motosikal dan kedai makan musnah dalam kebakaran di Kampung Cacar di sini kira-kira pukul 7 petang semalam.

Pemilik bengkel kereta Che Musa Jusoh, 51, berkata ketika kejadian dia sedang minum di sebuah restoran berdekatan bersama pekerjanya sebelum terdengar bunyi letupan kecil di kawasan premis tersebut.

"Sebaik tiba saya lihat bengkel sudah terbakar lalu terus saya arah anak buah memindahkan semua barang dan bawa keluar kenderaan pelanggan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Menurutnya dia hanya sempat menyelamatkan beberapa barang yang penting sahaja kerana api sudah mula menyambar sebuah kontena di kedainya yang dijadikan stor menyimpan barang, namun bersyukur kedainya tidak musnah sepenuhnya dalam kejadian tersebut.

Sementara itu Ketua Operasi Timbalan Penguasa Bomba Khairul Hasni Mokhtar ketika dihubungi Bernama berkata sejurus menerima panggilan seramai 15 pegawai dan anggota serta tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan api berjaya dikawal setengah jam kemudian serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya anggaran kerugian dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

No comments:

Post a Comment