Search This Blog

Saturday, February 6, 2016

Dua maut, dua cedera

Jempol: Wanita dan kanak-kanak lelaki dipercayai anaknya maut manakala dua lagi kanak-kanak cedera selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Bahau-Keratong, berhampiran FELDA Palong 21, di sini, petang ini.
Dalam kejadian 3.10 petang itu, wanita berusia 40-an dan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi kanak-kanak iaitu lelaki dan perempuan mengalami kecederaan di badan.
Difahamkan, kereta Perodua Kancil dinaiki empat mangsa bertembung dengan Perodua Alza menyebabkan dua mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan bahagian belakang pemandu manakala penumpang hadapan dan belakang kiri cedera, diselamatkan orang awam.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Jempol, Mohd Fahmi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.21 petang dan sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan akibat tersepit dalam kereta.
"Pemandu sebuah lagi kereta yang terbabit dalam kemalangan itu pula parah manakala penumpangnya tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi.
Jurucakap polis berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut serta masih menunggu pengesahan ahli keluarga mengenai hubungan dua mangsa yang maut serta dua lagi kanak-kanak yang cedera dalam kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 9:19 PM


ANGGOTA Bomba mengeluarkan mangsa terbabit dalam kemalangan. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112716#sthash.nPogRBa0.dpuf

No comments:

Post a Comment