Search This Blog

Tuesday, February 9, 2016

Dua lelaki sesat dalam hutan, selamat

Sungai Petani: Dua lelaki yang masuk ke dalam Hutan Taman Semarak, Tikam Batu, di sini, sempat menghubungi pihak bomba meminta bantuan selepas mereka tersesat.
Mangsa, G Sivanathan, 22, dan N Madhavan, 29, bagaimanapun ditemui selamat kira-kira 9.21 malam tadi oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu yang menjalankan operasi mencari mereka.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada mangsa pada 7.59 malam.
Menurutnya, tiga pegawai dan lima anggota BBP Tikam Batu kemudian ke lokasi kejadian dan tiba di kawasan hutan itu pada 8.14 malam.
“Jarak mangsa ditemui dengan pos kawalan bomba dianggarkan kira-kira dua kilometer.
“Mangsa ditemui bersama dua ekor anjing dalam keadaan selamat dan tindakan membawa keluar mereka dijalankan”katanya.
Nur Hafizah berkata, operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada 10.27 malam tadi dan mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk dirawat.
Mangsa ditemui dalam keadaan selamat.
Jarak pos kawalan bomba dan mangsa ditemui.
tamat.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2016 @ 12:43 AM


Mangsa ditemui dalam keadaan selamat. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113534#sthash.OXURboqq.dpuf

No comments:

Post a Comment