Search This Blog

Tuesday, February 9, 2016

Dua kapal terbang terhempas dikhuatiri berlanggar

pesawat

8 FEBRUARI 2016

 LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT . Dua kapal terbang ringan yang ditemui terhempas di sebuah pantai di Los Angeles dikhuatiri berlanggar, semalam.
Menurut laporan CNN, dua mayat dan rangka pesawat telah dinaikkan ke darat oleh pasukan penyelam dan kini sedang dikenal pasti.
Pasukan mencari dan menyelamat mengandaikan terdapat tiga orang penumpang dalam kedua-dua pesawat dan operasi mencari masih diteruskan.
Sebuah buku log yang ditemui dari rangka pesawat menyatakan dua penumpang yang menaiki pesawat tersebut berusia 61 dan 81 tahun.
Pesawat kedua pula dipercayai dikemudi oleh seorang wanita berusia 72 tahun.
Pesawat tersebut merupakan pesawat jenis Beechcraft dan Super Decathlon yang sering digunakan untuk persembahan akrobatik udara
.

No comments:

Post a Comment