Search This Blog

Saturday, February 6, 2016

Dua beranak bebas kes bunuh diarah pakai peranti


DUA beranak dipakaikan Peranti Pengawasan Elektronik atas arahan Mahkamah Sesyen Ipoh semalam sebelum mereka dibebaskan.


IPOH – Dua beranak yang direman sejak tahun lepas bagi membantu siasatan kes bunuh di Jalan Pahang, Tapah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Murtazadi Amran membuat keputusan itu selepas tempoh reman ke atas mereka selama 59 hari sejak Di­sember lepas yang dibuat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) berakhir semalam.
Bagaimanapun, beliau memerintahkan supaya Peranti Pengawasan Elektronik (PBE) dipasangkan pada kaki mekanik berusia 57 tahun dan anak lelakinya yang berumur 20 tahun bagi tempoh maksimum 59 hari mulai semalam sehingga 3 April.
Selepas dipasangkan dengan PBE, dua beranak yang berpakaian lokap berwarna oren kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah untuk dibebaskan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd. Jeffery Ong memohon supaya mahkamah membebaskan dua beranak itu mengikut Seksyen 7(1)(b) POCA dan memasang PPE mengikut Seksyen 7(2) akta sama.
Harris Ong ketika ditemui pemberita berkata, dua beranak itu dibebaskan kerana siasatan tidak dapat diselesaikan sepanjang mereka direman sejak Disember lepas namun kedua-duanya masih dalam tindakan untuk didaf­tarkan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297).


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3zL1hNYD0 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment