Search This Blog

Wednesday, February 3, 2016

Dipaksa menyalak, jilat jalan




ANTARA klip video menunjukkan seorang remaja dipaksa menjilat jalan tar selepas disuruh menyalak seperti anjing di kawasan perumahan Sea Park, Petaling Jaya baru-baru ini.


PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan enam pemuda membuli dua pelajar sekolah menengah dengan memaksa mereka menyalak bagai anjing dan menjilat jalan tar di sebuah kawasan perumahan di Sea Park di sini minggu lalu mengundang padah apabila kesemua suspek-suspek terlibat ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kes buli itu didakwa berpunca daripada tindakan kedua-dua mangsa merakam gambar seorang gadis yang juga rakan kepada kesemua suspek yang ditangkap tanpa kebenarannya.
Menurut beliau, kedua-dua mangsa yang menjadi mangsa buli berusia 14 tahun dan mereka merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di Sea Park.
“Perbuatan kedua-dua mangsa dituduh merakam gambar gadis terbabit menjadi punca kedua-dua mangsa telah dipukul oleh sekumpulan enam lelaki.
“Selepas dibelasah, mangsa-mangsa kemudian dipaksa menyalak seperti anjing dan seterusnya menjilat jalan bertar,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3z3WsG46D 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment