MEXICO CITY - MEXICO. Seorang pelakon yang juga seorang model terkandas di lapangan terbang Mexico City selepas tidak dibenarkan menaiki pesawat akibat memakai turban, semalam.
Menurut laporan CNN, Waris Ahluwalia memberitahu pegawai penerbangan Aeromexico menyuruh beliau membeli tiket syarikat penerbangan lain atau buka turbannya.
Waris bagaimanapun tidak mematuhi arahan tersebut kerana turban adalah sebahagian daripada agamanya.
"Saya sangat kecewa dan tidak mampu bercakap lagi.
"Saya sedar mereka tidak jelas tentang turban. Mereka tidak dilatih sebaiknya. Ianya berkenaan ilmu dan polisi," kata Waris kepada CNN.
Waris yang pernah berlakon dalam filem 'The Grand Budapest Hotel' dan 'Inside Man' juga bertindak meluahkan kekecewaannya di Instagram.
Disebabkan perkara itu juga, beliau mendakwa terlambat ke lokasi sebuah majlis di New York.
Waris mendakwa syariakat penerbangan Aeromexico 'berubah' selepas beliau meluahkan kekecewaannya kepada umum.
"Kami memohon maaf jika timbul sebarang masalah disebabkan insiden ini," kata jurucakap Aeromexico, Amilcar Olivares.
Waris bagaimanapun mahu Aeromexico memohon maaf secara terbuka kerana gagal menghormati keperluan agama dan hak penggun
a