Search This Blog

Tuesday, February 9, 2016

Dibelasah sampai mati

Kuala Lumpur: Lelaki berusia 31 tahun maut selepas dibelasah oleh sekumpulan lelaki akibat perselisihan faham di kelab malam di Jalan Duta, di sini, 4 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama adik iparnya berhibur di kelab malam itu.
Katanya, ketika di kelab itu mangsa berselisih faham dengan seorang lelaki tetapi dileraikan oleh pengunjung kelab terbabit.
"Bagaimanapun, suspek berkenaan masih tidak puas hati dan menghubungi abangnya untuk datang ke kelab terbabit.
"Abang suspek datang dan meminta mangsa keluar dari kelab terbabit bagi berbincang dan menyelesaikan perselisihan yang berlaku itu.
"Selepas keluar, sekumpulan lelaki menaiki kereta Model Hyundai Sonata muncul dan terus memukul mangsa sebelum membawanya ke satu tempat dengan menggunakan kenderaan terbabit,"katanya.
Munusamy berkata, mangsa kemudiannya menghubungi adik iparnya supaya mengambilnya di restoran di Brickfields.
Katanya, ketika di restoran itu mangsa diserahkan kepada adik iparnya oleh suspek dengan menggunakan kenderaan yang sama.
"Adik iparnya mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan muka, telinga, kepala dan hidung berdarah. Dia membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian.
"Polis sedang menjejaki suspek berkenaan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 4:33 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113482#sthash.RTCEyu2o.dpuf

No comments:

Post a Comment