Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Cilok elak bayar tol

Kuala Lumpur: Inginkan keseronokan, mahu tunjuk hebat atau kedekut membayar tol menyebabkan ada pengguna jalan raya yang mengambil kesempatan untuk tidak membayar tol dengan ‘mencilok’ atau mengekori rapat kenderaan lain di lorong Touch n Go atau Smart Tag yang boleh menyebabkan kemalangan.
Tindakan merbahaya itu dikesan berlaku setiap hari di hampir seluruh plaza tol di negara ini dengan anggaran kerugian mencecah lebih jutaan ringgit iaitu purata 50 hingga 100 kes.
Malah, ia juga dikenalpasti bukan disebabkan masalah bebanan tol tetapi lebih kepada pemandu menguji kecekapan dan kemahiran lari dari membayar tol.
Masalah itu sudah berlanjutan lebih tiga tahun lalu dengan modus operandi pihak berkenaan adalah akan memperlahankan kenderaan sebaik tiba di plaza tol sebelum mengekori rapat pengguna jalan raya bagi mengelak membayar tol.
Alat pengimbas di lorong ‘Touch n Go atau Smart Tag yang menggunakan kaedah frekuensi akan menaikkan palang serta-merta apabila pengguna menyentuh kad mereka namun tidak mampu mengesan jika individu tidak bertanggungjawab melakukan tindakan terbabit.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 8:07 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113792#sthash.OjTxUfuA.dpuf

No comments:

Post a Comment