Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Cermin kokpit pesawat retak




PARA penumpang mengerumuni pusat jualan tiket Rayani Air untuk mendapatkan maklumat ekoran pembatalan dua penerbangannya dari Langkawi ke Kuala Lumpur semalam.


LANGKAWI – Lebih 200 penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini semalam selepas syarikat penerbangan, Rayani Air membatalkan dua penerbangan dari Langkawi ke Kuala Lumpur ekoran keretakan pada cermin bahagian atas kokpit pesawat Boeing 737 miliknya.
Pembatalan penerbangan tersebut menyebabkan ramai yang menyerbu pusat jualan syarikat berkenaan untuk mendapatkan penjelasan mengenai penerbangan mereka.
Dua penerbangan yang dibatalkan adalah pada pukul 11.10 pagi dan 6.20 petang semalam.
Pengurus Besar Perhubungan Awam, Anisah Azharuddin ketika dihubungi memberitahu, penerbangan tersebut terpaksa dibatalkan kerana terdapat keretakan pada cermin bahagian atas kokpit pesawat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3zihzSbnN 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment