Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

Cemas kepala kereta api terbakar




SEBAHAGIAN penumpang berjalan keluar selepas kepala kereta api yang mereka naiki terbakar berhampiran Stesen KTM Sungai Gadut, Seremban semalam.


SEREMBAN – Seramai 310 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhadapan detik cemas selepas kepala lokomotif itu terbakar di Kilometer 470.52, berhampiran Stesen KTMB Sungai Gadut di sini semalam.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang itu, kereta api antara bandar membawa 11 gerabak termasuk kepala tersebut dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Butterworth, Pulau Pinang.
Jarak antara tempat kejadian dengan Stesen KTMB Sungai Gadut hanya 1 kilometer.
Tren Ekspres Rakyat itu bertolak dari Stesen JB Sentral pukul 8.40 pagi dan dijangka tiba di Stesen KTMB Butterworth pukul 9.45 malam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, bahagian enjin dan pemandu kereta api penumpang itu terbakar 80 peratus.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3zihV3xqf 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment