Search This Blog

Tuesday, February 9, 2016

Budak pandu kereta sebab ibu bapa mabuk

 Budak pandu kereta sebab ibu bapa mabuk

8 FEBRUARI 2016

WISCONSIN - AMERIKA SYARIKAT . Sepasang suami isteri mabuk teruk sehingga terpaksa membenarkan anak perempuan mereka yang berumur 9 tahun memandu kereta untuk pulang ke rumah.
Memetik laporan portal Metro.co.uk, Jason Roth and Amanda Eggert kini berdepan tuduhan pengabaian anak dan dituduh membahayakan keselamatan dengan membenarkan kanak-kanak terbabit memandu.
Polis Wisconsin yang melakukan penahanan ke atas kenderaan tersebut turut mendakwa terdapt bayi berumur 11 bulan diletakkan di bahagian belakang tempat duduk.
Keduanya menafikan pertuduhan ketika didakwa di mahkamah.
Mereka kini terpaksa ditahan sementara menunggu untuk dibicarakan semula.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut telah memandu berkilometer jauhnya sebelum berjaya kenderaan mereka berjaya ditahan polis.
Fox29 melaporkan bahawa Timbalan Ketua Polis, Jeff Hahn memberitahu mahkamah bahawa kanak-kanak itu belum menguasai kemahiran untuk memandu kenderaan.
Ini kerana kanak-kanak tersebut tidak menarik brek sewaktu diminta keluar daripada kenderaan, menyebabkan kereta itu terundur ke belakang menuju ke dalam sungai berhampiran.
“Saya terpaksa meluru ke dalam trak untuk menarik brek tangan, sementara Roth masih berada dalam kereta dan tidak mampu buat apa-apa,” dia memberitahu mahkamah
.

No comments:

Post a Comment