Search This Blog

Monday, February 8, 2016

Budak 11 Tahun Lemas Di Kolam Tadahan


Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2016 9:42 PM
Gambar hiasan.

JOHOR BARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan-rakan di sebuah kolam tadahan nurseri untuk penyiraman bunga di Lorong Haji Abd Manan, Parit Selamat, Yong Peng, petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Din Ahmad berkata, mangsa, Noriman Nasrul Rozi, dipercayai bersama beberapa rakannya mandi di lokasi kejadian bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaaan Dato Seth, lebih kurang pukul 3.40 petang. 
"Apabila berlaku kejadian tersebut, rakan-rakan mangsa telah melarikan diri. Operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan dan mayat mangsa telah dijumpai di lokasi kejadian," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Ahad.
Din berkata, siasatan mengenai kejadian itu masih diteruskan. 
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba Yong Peng PBK II Mohd Lazim Abd Rahman berkata, operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan tujuh anggota itu mengambil masa lebih sejam.
Mangsa kemudiannya berjaya ditemukan pada pukul 6.03 petang, kata beliau dalam satu kenyataan. - Bernama

No comments:

Post a Comment