SARAJEVO - BOSNIA. Kira-kira 2,000 penunjuk perasaan kebanyakannya adalah wanita menyertai protes di pusat bandar Sarajevo sebagai membantah larangan memakai tudung di institusi kehakiman negara itu.
Penganjur protes, Samira Zunic Velagic memaklumkan tujuan mereka berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap amalan diskriminasi dan prejudis yang semakin berleluasa di Bosnia yang majoritinya adalah penduduk Islam.
"Larangan memakai tudung ini sememangnya satu serangan serius terhadap maruah, personaliti dan identiti Islam. Ia juga bertujuan menafikan hak  golongan wanita berhijab untuk bekerja," tegasnya.
Difahamkan, tunjuk perasaan itu tercetus selepas Majlis Kehakiman Tertinggi Bosnia melarang sebarang 'simbol keagamaan' dalam institusi kehakiman.
Keputusan tersebut turut menerima kritikan pemimpin agama dan politik serta beberapa persatuan Islam negara terbabit. - Press T
V