Search This Blog

Thursday, February 11, 2016

BMW Tarik Balik 840,000 Kenderaan Di AS


Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 9:30 AM

DETROIT: BMW mengumumkan untuk menarik balik 840,000 unit kenderaan di Amerika Syarikat (AS) yang dipasang dengan beg udara keluaran Takata Corp.
Panggilan balik itu membabitkan kereta dan SUV BMW model keluaran 2006 hingga 2015.
Model berkenaan termasuk dalam panggilan balik disebabkan kecacatan produk beg udara keluaran Takata sebelum ini, kata BMW.
Langkah itu berikutan pihak berkuasa keselamatan automotif AS bulan lalu mengumumkan 5.1 juta kenderaan di AS dipasang dengan beg udara keluaran syarikat itu tidak selamat kepada penumpang.
Beg udara berkenaan dilengkapi pengelembung yang boleh meletus terlalu kuat hingga boleh menghamburkan serpihan logam ke dalam kenderaan dan membahayakan penumpang. - Reuters

No comments:

Post a Comment