Search This Blog

Wednesday, February 3, 2016

Bapa ragui punca sebenar kematian anak


WARTAWAN SINAR HARIAN

 3 FEBRUARI 2016

 Che Mohamed (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kematian anaknya selepas dilaporkan terkena renjatan elektrik.


KOTA BHARU - Keluarga mangsa renjatan elektrik yang meninggal dunia sehari selepas kejadian meragui kematian Nurul Izzati Che Mohamed, 24, dan mahu siasatan segera dilakukan.
Bapa mangsa, Che Mohamed Ibrahim berkata, dia meragui punca kematian anak keduanya itu memandangkan keadaan mayat anaknya amat tragis dan tidak berpakaian ketika melihat jenazah mangsa di rumah ibu angkat menantunya di Kampung Semut Api, dekat sini.
“Saya hanya dimaklumkan mengenai kematian Nurul pagi Ahad lalu kira-kira jam 7 pagi oleh bapa angkat menantu dan terus bergegas ke rumahnya yang terletak hanya lima kilometer dari kediaman kami.
“Apabila sampai di kediaman terbabit, kami ketuk pintu rumah beberapa kali yang pada mulanya dibuka ibu angkat menantu saya sebelum dia (menantu) muncul dan marah-marah kerana kami datang memenuhi pekarangan rumah itu,” katanya kepada pemberita, semalam.
Che Mohd berkata, dia mengesyaki kematian anaknya kemungkinan mempunyai unsur jenayah selepas punca kematian tidak dijelaskan.
“Keadaan mayatnya sudah berbau dan dihurung semut dan kami syak dia sudah meninggal dunia beberapa jam sebelum kami dimaklumkan kematiannya
Pada kejadian pagi Sabtu lalu, Nurul dipercayai maut terkena renjatan elektrik ketika mengemas kawasan hadapan kedai telefon yang baharu tujuh bulan dibuka suaminya.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lecur di bahagian pinggang hingga ke kaki dan lecur di kedua belah pipi
.

No comments:

Post a Comment