Search This Blog

Friday, February 5, 2016

Abang Ngah tiada ganti

Kuala Lumpur: Rata-rata pengguna Facebook (FB) mengecam tindakan seorang lelaki menumbuk pemandu van sekolah sehingga menyebabkan mangsa mati dalam kejadian di tepi Jalan Kampung Sungai Udang, Klang, malam tadi.
Mohammad Izhharuddin Nordin, 24, dipercayai dibelasah bapa saudara seorang murid selepas dia dikatakan tertinggal kanak-kanak itu ketika mengambil murid yang pulang dari sekolah agama.
Seorang pengguna FB menggunakan nama Anis Wardina berkata, dia memanggil Allahyarham yang selalu menghantarnya ke sekolah dengan panggilan Abang Ngah.
Dia menganggap tiada siapa yang boleh menggantikan tempat Allahyarham yang alim dan rajin berpuasa sunat.
"Abang Ngah selalu ambil saya dan budak sekolah lain pada waktu pagi. Saya rasa tiada siapa boleh menggantikan tempat Abang Ngah yang kuat iman, rajin puasa enam walaupun Abang Ngah sedang menghantar kami semua pulang ke rumah.
"Abang Ngah ni kami semua anggap macam abang kandung sebab Abang Ngah sangat peramah dengan budak-budak yang dia bawa tu," katanya dalam ruangan komen di FB Harian Metro.
Seorang ibu yang anaknya turut menggunakan perkhidmatan van Allahyarham menyifatkan mangsa sebagai orang yang tidak pandai meninggikan suara.
"Arwah orangnya baik, tidak tahu tinggikan suara. Anak akak, arwah ambil pergi dan balik sekolah setiap hari.
"Lepas ini tiada dah orang yang sentiasa tersenyum," katanya yang menggunakan nama Kak Dee di FB.
Pengguna lain yang menggunakan nama Shahryne Shah berharap agar pelaku yang menyebabkan kematian jirannya itu dikenakan hukuman setimpal.
"Moga kau tenang di sana jiranku dan ditempatkan dia dalam kalangan orang beriman.
"Kita kenal sejak sekolah rendah lagi, naik bas sekolah sama-sama dan waktu itu ayahnya, yang dikenali sebagai Pak Ngah yang bawa bas itu.
"Aku harap pembunuh dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatan dia," katanya.
Individu menggunakan nama Munzir Abdullah di FB yang dipercayai bakal adik ipar mangsa, kecewa kerana majlis yang dirancang tidak akan terlaksana.
"Al-Fatihah untuk kau bakal abang ipar. Aku tahu kau baik. Tiadalah majlis pernikahan kau dan kakak aku nanti.
"Tak sempat aku nak bergambar dengan kau. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2016 @ 9:38 PM


Komen pembaca melalui Facebook Harian Metro.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112491#sthash.aQOx5yMR.dpuf

No comments:

Post a Comment