Search This Blog

Wednesday, February 10, 2016

90 mangsa banjir belum pulang

Melaka: Seramai 90 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Alor Gajah, sehingga 9 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN), Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, semua 23 keluarga yang masih menginap di satu-satunya pusat pemindahan yang masih beroperasi di negeri ini, diberi perhatian sama seperti di awal penempatan Sabtu lalu.
Beliau berkata, semua mangsa dijangka pulang ke rumah masing-masing petang ini namun agak membimbangkan kerana sumber daripada pusat Meteorologi Melaka menjangkakan hujan dan ribut petir di seluruh negeri ini pada sebelah petang.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 10:56 AM


KAWASAN yang dinaiki air di Jalan Pantai Belimbing, Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, semalam. FOTO Rasul Azli Samad
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/113835#sthash.A3zw0ooK.dpuf

No comments:

Post a Comment