Search This Blog

Tuesday, February 9, 2016

70 penduduk hilang tempat tinggal




API merebak dengan cepat kerana musim kering menyebabkan 20 buah rumah hangus dijilat api.


KANGAR – Kira-kira 70 penduduk kehilangan tempat tinggal apabila sebanyak 20 buah rumah musnah sama sekali dalam kebakaran di Taman Pelangi, Bukit Tokpo, Kuala Perlis di sini petang semalam.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilapor­kan dalam kejadian sekitar pukul 5 petang itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Mohd. Fadzil Haroon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.18 petang sebelum tujuh jentera de­ngan kekuatan 52 pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Keadaan kering dan angin kencang menyebabkan api merebak begitu pantas dalam kebakaran itu mengakibatkan rumah yang dibina daripada 100 peratus bahan kayu itu musnah sama sekali.
“Bagaimanapun, bomba berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran berkenaan kira-kira 30 minit kemudian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3zcqwNjCM 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment