Portal berita Mirror Online me­laporkan, angka yang mengejutkan itu berlaku kepada kucing, anjing dan arnab yang disaji dengan makanan ringan dan berdepan jangka hayat yang pendek.
Pegawai veterina Pertubuhan Kebajikan Haiwan (PDSA) memberi amaran bahawa pemilik haiwan peliharaan yang menyaji haiwan peliharaan mereka dengan makanan yang tidak sesuai itu akan mencetuskan krisis obesiti terhadap haiwan peliharaan mereka.
PDSA mendakwa gabungan snek, sisa makanan segera, makanan ringan dan minuman keras didapati mele­takkan haiwan peliharaan dalam keadaan yang sangat berbahaya.
Lebih empat juta haiwan iaitu 2.6 juta anjing, 1.4 juta kucing dan 12,000 arnab dilaporkan disaji de­ngan sisa makanan manusia sebagai makanan utama mereka.
Namun, daripada jumlah itu, satu pertiga jumlah anjing dan suku jumlah kucing kini dikategorikan sebagai terlalu berat atau mengalami obesiti.
Pegawai veterina PDSA, Vicki Larkham-Jone berkata: “Haiwan peliharaan yang gemuk boleh ditangani melalui satu program diet dan senaman di Kelab Pet Fit. Kami boleh tukarkan haiwan peliharaan yang gemuk menjadi sihat.
“Sebahagian pemilik haiwan yang gemuk percaya obesiti merupakan ancaman terbesar kepada kebajikan haiwan peliharaan mereka untuk 10 tahun akan datang. Namun, haiwan mereka masih terus diberi diet yang tidak sesuai bagi menyelesaikan masalah itu.
Selain kalori tinggi, katanya, makanan segera seperti kek, keju, kentang goreng dan kerepek mengan­dungi kalori dan gula yang tinggi dan tidak baik untuk haiwan peliharaan.
Sebahagian pemilik mengakui memberi haiwan mereka coklat dan minuman beralkohol, sekali gus meracuni haiwan peliharaan mereka dan boleh mambawa maut.