Gabenor Negeri Nuevo Leon, Jaime Rodriguez berkata, seramai 12 banduan disahkan cedera dalam keganasan yang tercetus di penjara Topo Chico dekat Monterrey apabila dua kumpulan terbabit bertempur menggunakan senjata tajam dan kayu pemukul.
Portal BBC yang memetik kenyataan beliau berkata, banduan turut bertindak membakar sebuah bilik penyimpanan tetapi tidak menyebabkan kemusnahan yang teruk.
“Situasi dilaporkan terkawal dan tiada banduan meloloskan diri susulan insiden tersebut,” katanya. -AGENSI